KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat dan membimbangkan apabila sebanyak 8,290 kes dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes sejak wabak itu melanda negara Februari tahun lalu sebanyak 549,514 kes.
Selangor terus mencatatkan angka tertinggi dengan 2,052 kes diikuti Kelantan 851 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 830 kes dan Johor 762 kes.
Lain-lain negeri yang mencatatkan lebih 500 kes adalah Sarawak yang merekodkan698 kes, Kedah 544 kes dan Negeri Sembilan, 520 kes.
Sementara itu Kementerian Kesihatan dalam kenyataan harian berkaitan Covid-19 turut melaporkan Labuan mencatatkan kes terendah iaitu 6 kes dan Perlis lapan kes. – MalaysiaGazette