Ustazah Asma Harun.

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ke atas program hiburan yang mempunyai nilai-nilai maksiat kepada masyarakat.

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun berkata, sebaliknya kerajaan perlu memperbanyakan alunan Al-Quran dan zikir serta program agama yang memberi manfaat kepada umat Islam.

“Kerajaan dah isytihar total lockdown. Kami juga perit fikirkan 60 orang staf dll kos operasi, swasta memang tenat amat. Kita akur & taat.

“Namun harap sangat kerajaan juga lockdown program / hiburan tv yang maksiat, gemakan alunan alquran, zikir & program agama / manfaat. Kita perlukan bantuan Allah,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Bermula esok, kerajaan kerajaan akan melaksanakan PKP Penuh fasa pertama selama dua minggu sehingga 14 Jun depan. – MalaysiaGazetet

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast