Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi akan dilancarkan pada minggu ini dengan peruntukan RM1.0 bilion.

Perdana Menteri berkata, dengan skim ini pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

“Saya menyarankan supaya agensi dan syarikat kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan.

“MARA akan meneruskan program MARA Prihatin Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.

“Peminjam boleh memohon secara dala talian untuk membuat penjadualan bayaran balik pinjaman atau moratorium,” katanya ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+).

Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei hingga Julai 2021. – MalaysiaGazette