Normala Shamsuddin dan suami, Tan Sri Azmi Khalid.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) penuh yang dilaksanakan kerajaan semalam menyebabkan bakal-bakal pengantin terpaksa mengambil keputusan drastik untuk bernikah lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Hal sama turut dialami sendiri oleh anak kepada bekas pengacara Nona, Puan Sri Normala Samsudin apabila melangsungkan pernikahan sehari sebelum ‘total lockdown’ dikuatkuasa.

Menerusi Instagram beliau, Normala meluahkan rasa syukur kerana urusan anaknya dipermudahkan untuk melaksanakan perkara wajib dulu.

Menurut beliau, jurunikah yang menikahkan anak dan menantunya memaklumkan mereka adalah pasangan yang bertuah kerana peroleh slot untuk bernikah pada hari tersebut.

“Sederhana itu adalah sangat berkat dalam segala hal. Alhamdulillah selesai akad nikah @alamace21 @hilyati Mama mendoakan yang terbaik buat kalian.

“Kamu pasangan bertuah kata ustaz jurunikah, kerana hantar borang pagi ini melalui temujanji yang beberapa kali tertunda, tetiba ada kosong slot nikah jam 2 petang. Selepas ini tidak ada urusan nikah semasa Lockdown.

“Tunggu hingga diberitahu bila boleh. Bergegaslah balik bersiap, tak sempat semuanya beli on the spot, baju raya jadi baju pengantin. Begitulah pengantin di musim pandemik ini, menerima seadanya tentang pasangan masing-masing yang penting redha dengan ketentuan Allah. Sebagai emak aku sujud syukur kerana yang wajib sudah didahulukan. Alhamdulillah,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast