Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penjaja kecil yang mendapat permit penjaja daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sama ada kekal atau sementara, tidak perlu mendapatkan kelulusan melalui CIMS, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Memadai hanya dengan menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh PBT.

Sekiranya lokasi perniagaan melibatkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT berkenaan, menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kebenaran untuk berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu.

Keputusan ini adalah berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0, mulai 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Menurutnya, semua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. cmna org niaga petai yg tiada lesen pbt untuk rentas daerah@nergeri bagi mndpt bekalan petai..

Comments are closed.