Joe Biden. foto Agensi

NEW YORK – Amerika Syarikat (AS)  telah menyenaraihitamkan 31 syarikat China ketika pentadbiran Donald Trump.

Kini semasa pentadbiran Presiden Joe Biden, AS menambah lagi beberapa syarikat China dalam senarai hitam kerana mempunyai kaitan dengan industri ketenteraan Beijing.

Setakat ini, pentadbiran Biden menambah sebanyak 59 syarikat China yang dilarang bagi rakyat Amerika untuk memiliki kepentingan di dalamnya.

Tindakan tersebut dilakukan sebagai tekanan berterusan dari negara tersebut terhadap kuasa Asia itu.

Menurut kenyataan Rumah Putih, sekatan itu menyasarkan syarikat yang terbabit dengan teknologi pengawasan China yang didakwa digunakan untuk memudahkan penindasan atau pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang merosakkan nilai keamanan atau demokrasi.

Syarikat yang disenaraihitam ketika pentadbiran Trump merangkumi syarikat telekomunikasi, pembinaan dan teknologi utama seperti China Mobile, China Telecom, firma pengawasan video Hikvision, dan China Railway Construction Corp.

Larangan pelaburan berkuat kuasa pada 2 Ogos dan pemegang saham semasa mempunyai tempoh satu tahun untuk melepaskan pegangan.

Langkah itu antara rangkaian langkah yang dilaksanakan Rumah Putih yang mensasarkan kuasa Asia itu yang menyebabkan hubungan di antara kedua-dua negara tegang. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast