Mohamed Shafie BP Mammal

KUALA LUMPUR – Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyarankan kepada kerajaan agar mengkaji balik sistem pemerolehan bekalan vaksin dengan memutuskan kuasa monopoli syarikat tunggal, Pharmaniaga Bhd.

Sistem monopoli  perlu dihapuskan jika kita benar-benar serius dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, kata Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.

“Mengambil kira keadaan darurat dan keperluan mendesak pada hari ini termasuk data kajian yang menunjukkan bilangan kematian akan meningkat berkali ganda dan kes jangkitan baharu tidak menunjukkan penurunan secara ketara manakala kemudahan hospital pula berada di paras kritikal, UNI-MLC berpandangan ruang untuk membeli dan mendapatkan bekalan harus dibuka kepada lebih banyak syarikat.

“Kerajaan harus menggunakan kuasa darurat yang diberikan untuk mengarahkan atau membenarkan lebih daripada satu syarikat untuk mendapatkan bekalan, bukannya dikuasai dalam bentuk monopoli oleh satu syarikat atau satu pihak.

“Amalan birokrasi atau red tape dalam soal mendapatkan bekalan vaksin harus dibuang dan tidak sama sekali wujud memandangkan kita kini berhadapan dengan situasi kritikal untuk menyelamatkan nyawa rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Shafie, apa yang penting adalah kerajaan meluaskan bilangan syarikat yang boleh mendapatkan vaksin tetapi dengan syarat segala bekalan yang dibawa masuk perlu menerima kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.

“Kita jangan terikat dengan syarikat atau pihak-pihak tertentu semata-mata untuk mendapatkan vaksin. Kita tidak ada masa untuk melawan pandemik dan menyelamatkan nyawa,” jelasnya.

Apa yang penting adalah kerajaan meluaskan bilangan syarikat yang boleh mendapatkan vaksin tetapi dengan syarat segala bekalan yang dibawa masuk perlu menerima kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.

“Kita jangan terikat dengan syarikat atau pihak-pihak tertentu sematamata untuk mendapatkan vaksin. Kita tidak ada masa untuk melawan pandemik dan menyelamatkan nyawa,” jelasnya.

Oleh itu, UNI-MLC memohon Perdana Menteri dengan segera mengkaji semula dasar monopoli yang diberikan kepada syarikat Pharmaniaga dan membuka tender kepada mana-mana entiti yang berminat dan mempunyai kemampuan untuk melakukan.

UNI-MLC juga menyambut baik Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menghalang mana-mana pihak atau kerajaan negeri untuk membuat pembelian vaksin sendiri dan kebenaran itu juga terpakai untuk membawa masuk mana-mana vaksin yang sudah diberi kelulusan oleh Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).

“UNI-MLC juga berpandangan langkah itu, yang sepatutnya diputuskan awal-awal lagi, juga akan membantu kerajaan Persekutuan dalam mengurangkan masalah kewangan dan peruntukan bagi menyediakan kemudahan vaksin secara menyeluruh kepada rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast