Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar bercakap kepada media selepas melihat proses pengagihan ayam segar untuk diagihkan kepada penduduk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Penara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar telah memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) pada 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri Luar,  Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pertemuan yang berlangsung di Wisma Putra pada dua hari lalu dan nota bantahan diplomatik turut diserahkan pihaknya.

Tegas beliau, kunjungan Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn ke China bermula esok juga akan digunakan untuk menyatakan bantahan.

“Menteri Luar akan ke China eosk untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar China, Wang Yi dan seperti yang dimaklumkan menteri akan ambil kesempatan itu sekali lagi untuk nyata bantahan kita apa yang berlaku.

“Walaupun Malaysia dan China negara bersahabat namun secara prinsipnya kita mempertahankan negara, wilayah integriti yang menjadi amalan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan ayam segar percuma di Pangsapuri Penara di sini hari ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam satu kenyataan, memaklumkan TUDM memintas 16 pesawat PLAAF yang dikesan menceroboh ZMM Kota Kinabalu (KK) IFR semalam.

Pesawat berkenaan yang dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara Sarawak pada jam 11.53 pagi, terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

Beberapa arahan supaya pesawat berkenaan menghubungi kawalan trafik udara KK IFR tidak dipatuhi, sekali gus TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan identifikasi visual.

Sementara itu, Hishammuddin sebelum ini menegaskan, Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dalam aspek keselamatan negara meskipun memiliki hubungan diplomatik dengan mana-mana negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Cina perasan Laut Cina Selatan termasuk ruang udaranya Cina punya macam tendang keluar Singapore untuk majority kaum asing dari Tanah Besar Cina dan India.

Comments are closed.