Foto hiasan

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) melonggarkan rekomendasi perjalanan kepada lebih 110 negara dan wilayah termasuk Jepun.

Ini termasuk 61 negara yang diturunkan daripada paras tertinggi iaitu tahap 4 (tidak digalakkan mengembara sepenuhnya) kepada dicadangkan untuk mengembara sekiranya telah menerima suntikan vaksin.

Manakala 50 negara dan wilayah lagi telah direndahkan kepada tahap 2 dan tahap 1.

Negara-negara yang telah diturunkan penarafan risiko Covid-19 termasuk Singapura, Israel, Korea Selatan, Iceland, Belize dan Albania.

Manakala negara-negara yang disenaraikan sebagai tahap 3 adalah Perancis, Ecuador, Filipina, Africa Selatan, Kanada, Mexico, Rusia, Sepanyol, Switzerland, Turki, Ukraine, Honduras, Hungary dan Itali.- MalaysiaGazette