Usahawan kosmetik itu dan rakannya menari secara menghairahkan sambil dilihat oleh dua orang remaja bawah umur itu.

KUALA LUMPUR – Seorang individu membuat laporan polis ke atas pengguna akuan Instagram (IG), SafieyIllias94 yang menjadi hos secara langsung media sosial (IG Live) itu melibatkan dua kanak-kanak bawah umur.

Menerusi Facebook miliknya, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, laporan itu melibatkan kesalahan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 iaitu perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah.

Laporan juga melibatkan  Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Kesalahan di bawah OBD (orang belum dewasa) Peraturan2 Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang Instafamous ini.
“Ibubapa, kejadian ini berlaku 1.50 pagi. Anak-anak tak sepatutnya menggunakan HP waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam IgLive sebegini,” tulisnya.
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
Hari ini, kecoh di media sosial menerusi perkongsian yang dibuat oleh @pedoqpop di akaun Twitter apabila dua orang remaja bawah umur telah memasuki IG live bersama beberapa orang ‘lelaki jelmaan wanita’ yang salah seorangnya merupakan usahawan kosmetik.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat dengan jelas usahawan kosmetik itu dan rakannya menari secara menghairahkan sambil dilihat oleh dua orang remaja bawah umur itu.

Dia turut ‘mengajar’ cara-cara menghisap dadah sambil disambut gelak tawa daripada mereka semua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast