Gambar hiasan

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 18 penumpang terbunuh dan 30 orang lagi cedera selepas sebuah bas terbalik di daerah Khuzdar di Balochistan pagi tadi.

Enam daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Tragedi itu berlaku selepas bas berkenaan membuat pusingan dengan kelajuan tinggi, kata pasukan penyelamat.

Menurut laporan, mangsa telah dipindahkan ke hospital tempatan di Khuzdar.

Semasa kejadian, bas itu dalam perjalanan ke Khuzdar dari daerah Lakarna di wilayah Sindh selatan Pakistan. – MalaysiaGazette