MGNews: Soal Mageran Tidak Dibincangkan – Zahid Hamidi

Perjumpaan khas bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak membincangkan mengenai cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Perkara itu diakui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri selepas mendapat perkenan menghadap YDPA di Istana Negara, sejak awal pagi tadi.