Thursday, December 12, 2024
Home Dunia Eriksen sudah ‘mati’ beberapa minit – Pakar jantung

Eriksen sudah ‘mati’ beberapa minit – Pakar jantung

Christian Eriksen.- Pix agensi.
LONDON – Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen mungkin terpaksa bersara daripada karier bola sepak selepas serangan jantungnya semasa perlawanan Euro 2020 menentang Finland, kata pakar kardiologi sukan terkemuka.
Prof Sanjay Sharma yang seorang profesor kardiologi sukan di St George’s University di London, berkata badan bola sepak perlu melarang untuk membiarkan pemain berusia 29 tahun itu bermain semula.
“Ia sesuatu yang salah sekiranya mereka berjaya mendapatkannya kembali dan persoalannya adalah apa yang akan terjadi.
“Dia menjalani ujian normal hingga 2019 dan bagaimana anda menjelaskan serangan jantung itu?” soalnya yang pernah bekerja dengan Eriksen semasa bersama Tottenham Hotspur.
Pemain tengah Inter Milan, Eriksen rebah di Stadium Parken, Copenhagen sejurus sebelum tamat separuh masa pertama dan dirawat di padang sebelum dibawa ke hospital.
Eriksen yang rebah di atas padang semasa aksi Euro 2020 lawan Finland diberikan bantuan CPR atas padang sebelum kembali sedar diri dan dilaporkan stabil selepas dimasukkan di hospital.
Doktor pasukan Denmark, Morten Boesen, berkata, Eriksen menerima rawatan urut jantung yang menyelamatkan nyawa di padang tetapi dapat bercakap sebelum dibawa ke hospital.
“Dia terbaring ketika kami mendekatinya dan ada pernafasan dan nadi.
“Tetapi keadaan berubah dan dia kemudian mendapat urutan jantung yang menyelamatkan nyawa. Kami dengan cepat mendapat bantuan doktor stadium dan kami mendapat Eriksen kembali,” katanya.
Mengulas lanjut, Prof Sharma, yang mengetuai kumpulan pakar konsensus jantung Persatuan Bola Sepak memberita dia ‘gembira’ dengan berita bahawa Eriksen terjaga di hospital.
“Namun saya tidak tahu sama ada dia akan bermain bola sepak lagi.
“Tanpa mengatakannya dengan lebih jelas, dia telah mati hari ini walaupun selama beberapa minit dan adakah pakar perubatan profesional akan membiarkan dia mati sekali lagi? Jawapannya adalah tidak,” katanya.
Prof Sharma menambah lagi bahawa bergantung kepada pemain dan kelabnya untuk menilai risiko untuk terus bermain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast