Takiyuddin Hassan Covid-19 positive
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Kritikan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said Said terhadap langkah Kabinet akan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai sama ada darurat akan dilanjutkan atau tidak dijawab Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-Undang) itu berkata, dakwaan ada pihak cuba mengalih ‘tiang gol’ tidak benar.

“Tiada siapa yang alih tiang gol,” jawabnya terhadap kenyataan Azalina semalam.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, kerajaan tidak seharusnya “mengalihkan tiang gol” ketika darurat hampir berakhir.

“Sekiranya demikian (Kabinet akan menasihati Agong), apa gunanya membentuk Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat 2021?

“Berhenti mengalihkan tiang gol!” katanya dalam ciapan di Twitter dengan menandakan (tag) akaun Takiyuddin semalam.

Menjelaskan perkara itu, Takiyuddin hari ini berkata, langkah itu hanya untuk memperbetulkan keadaan sebenar.

“Yang dibuat adalah betulkan Peraturan Permainan supaya membantu Referee buat pengadilan yang betul. “To achieve goals does not mean to change the goal post”,” katanya lagi.

Takiyuddin semalam berkata segala keputusan sama ada Proklamasi Darurat disambung atau sebaliknya selepas berakhir 1 Ogos ini, ia tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Justeru itu, katanya persoalan mengenai perkara tersebut tidak seharusnya timbul.

Kerajaan katanya bertangungjawab untuk terus memfokuskan kepada tindakan khusus dan tepat bagi mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan virus Covid-19 dalam kalangan rakyat.

Malah beliau berkata, di waktu getir ini, kerajaan perlu lebih efektif dan menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Keputusan darurat selaras Perlembagaan – Takiyuddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Datuk Seri Takiyuddin Hassan bila orang PAS dapat kuasa besar pelbagai alasan yang tidak logik akan timbul.. Bagai kera mendapat bunga

Comments are closed.