Minister of Science, Technology and Innovation cum the Coordinating Minister for the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar Phase 4 PICK
Minister of Science, Technology and Innovation cum the Coordinating Minister for the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Setelah lebih 250 wartawan dan pengamal media menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada minggu lalu, kini lebih 700 golongan itu telah menerima temujanji untuk suntikan vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya telah menerima 5,000 nama daripada agensi-agensi media di negara ini.

“Selepas sekumpulan 100 wartawan menerima suntikan pertama di Dewan Seroja Putrajaya Rabu lalu, seramai 123 petugas di media di Perak juga telah menerima suntikan dos pertama mereka pada Jumaat lalu.

“Setakat hari ini, sebanyak 700 janji temu telah diberikan kepada para petugas media di seluruh negara untuk dos pertama vaksinasi Covid-19 mereka dan akan lebih banyak janji temu dikeluarkan dalam minggu ini (daripada 1,500 yang dijanjikan pada Rabu lalu),” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Dalam pada itu, sejumlah 38 wartawan dan pengamal media daripada 47 agensi tempatan dan antarabangsa telah mendapat suntikan dos pertama bagi tujuan liputan di Sukan Olimpik Tokyo dengan bantuan Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM).

“Selebihnya bagi petugas yang telah mendapat suntikan dos pertama seperti AstraZeneca, CITF akan mengatur janji temu dos kedua mereka supaya sempat melengkapkan perlindungan mereka sebelum berlepas pada bulan depan,” katanya.

Pada Rabu lalu, 100 wartawan dan pengamal media disuntik vaksin pertama Covid-19 di Dewan Seroja Putrajaya dan seramai 123 petugas di media di Perak juga telah menerima suntikan dos pertama mereka pada Jumaat lalu.

Isu pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada petugas media mula diperkatakan sejak bulan lalu kerana kumpulan pekerja ini belum memperolehnya biarpun program vaksinasi negara bermula sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, tanda pagar #CucukMyPress sudah dimulakan petugas media seluruh negara, berikutan tarikh janji temu vaksin itu belum tiba meskipun dijanjikan pada awal bulan ini.

Khairy dalam sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada 28 April lalu, mengumumkan kira-kira 1,500 petugas media bakal menerima vaksinasi pada Mei. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast