Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10 pagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:
i. secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau
ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan STAM 2020 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 17 Jun 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang pada 23 Jun 2021.

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian Internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

KPM berkata, bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan. – MalaysiaGazette