Susulan enam individu termasuk pegawai dan kakitangan bank direman 8 Jun lalu, seorang lagi kakitangan bank direman tujuh hari bermula hari ini.
Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi berjumlah RM18 juta antara 2018 hingga 2020.