KUALA LUMPUR – Kes Covid-19 yang sembuh hari ini mengatasi kes baharu dengan rekod 7,240 manakala 924 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes baharu harian yang direkodkan Kementerian Kesihatan pula sebanyak 5,150 – tiga daripadanya kes import.
Ini menjadikan kes kumulatif terkini adalah 673,026 manakala kes keseluruhan yang sembuh pula 600,935.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, kes aktif sehingga kini adalah 67,949 sementara sebanyak 73 kematian direkodkan
Korban hari ini yang melibatkan 33 kes
di Selangor, masing-masing enam kes di Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Empat kes pula di Labuan, masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, dan Johor, dua kes di Pahang, serta satu kes di Kelantan, kata Dr. Noor Hisham.
Manakala, seramai 453 pesakit menerima bantuan alat pernafasan. – MalaysiaGazette