Bayi perempuan berusia 21 hari yang diselamatkan oleh seorang tukang bot. foto Agensi

UTTAR PRADESH – Seorang tukang buat bot diangkat sebagai hero dalam media sosial selepas  menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 21 hari dalam kotak kayu yang ditemui terapung di Sungai Ganges.

Kejadian itu dilaporkan berlaku semalam selepas lelaki bernama Gullu Chaudhary terdengar bunyi tangisan bayi dalam kotak kayu yang dibaluti kain merah.

Lelaki itu bertindak membuka kotak tersebut.

Bayi yang diletakkan dalam kotak tersebut kemudian dibawa ke hospital  berhampiran dan kini dalam pemantauan pegawai perubatan.

Seorang bayi perempuan diletakkan di dalam kotak merah dan dihanyutkan di Sungai Ganges. foto Agensi

Bayi itu dikatakan akan dihantar ke rumah kebajikan kanak-kanak sementara polis memulakan siasatan dari segenap aspek bagaimana bayi itu boleh diapungkan di sungai berkenaan.

Kerajaan negeri Uttarakhand akan menanggung segala kos kebajikan dan membesarkan bayi itu.

Tukang bot itu pula dianugerahkan sebuah kediaman tetap yang baharu sebagai menghargai jasa kemanusiaannya.

Chaudary berkata, beberapa orang ada di tebing sungai itu ketika tangisan bayi itu kedengaran.

Namun tiada siapa yang peduli.

Sebaik sahaja berita penemuan bayi tersebar, orang ramai membanjiri tebing sungai tersebut  untuk melihat wajah bayi tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast