Ashley Young.

LONDON – Bekas pemain Manchester United, Ashley Young telah kembali ke Aston villa melalui perpindahan percuma dengan kontrak selama satu tahun.

Dia yang telah menyertai Inter Milan pada Januari 2020 tahun lalu apabila melengkapkan perpindahan secara rasmi ke Serie A dengan nilai perpindahan dilapokan sekitar €1.5 juta.

Pemain berusia 35 tahun memutuskan untuk meninggalkan United dengan baki kontrak yang tamat pada akhir musim lalu.

Dia telah bermain sebanyak 261 kali untuk United selepas menyertai dari Villa pada 2011.

Young telah menjaringkan sebanyak 19 gol sepanjang karier beliau bersama Man United.

Young pernah bersama Villa selama empat musim bermula pada tahun 2007 sehingga 2011 sebelum berhijrah ke Old Trafford. – MalaysiaGazette