Foto Instagram Elyana.

KUALA LUMPUR – Pengacara dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa sebak melihat ketabahan penyanyi Elyana yang ketika ini menjalani rawatan kanser limfoma tahap empat.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Neelofa menerusi akaun Insta Story miliknya sambil memuatkan video Elyana yang menerima hadiah tudung pemberiannya.

“MasyaAllah, saya plak nak nangis tengok video ni. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan.

“Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulisnya.

Sementara itu, Elyana telah meluahkan rasa gembira dan terharunya apabila menerima hadiah tudung Naelofar daripada pengacara berkenaan.

Ujar Elyana, ketika berada di hospital dia hanya membawa sehelai tudung sahaja.

“Assalammualaikum semua, saya hari ni happy sangat. Saya kat hospital, cerita dia saya bawa satu tudung je hari itu. Tiba-tiba Lofa bagi saya banyaknya tudung, ya Allah, memang rezekilah siap ada kad lagi. So sweet thank you Neelofa.

“Saya tak sabar sebenarnya nak tengok collection yang dalam box ni semua sambil-sambil masuk susu ni. Thank you Lofa, happy sangat saya,” ujarnya.

Elyana telah menghidap kanser limfoma sejak 11 tahun yang lalu. – MalaysiaGazette