Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo beramah mesra dengan petugas hadapan pada Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Dewan Serbaguna Perumahan Desa Tasik, Sungai Besi. Foto HAFIZ SOHAIMI, 21 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80 peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur dan ahli keluarga mereka telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Datuk Yong Lei Choo berkata, ia melibatkan 7,360 daripada 9,200 pengawai dan anggota yang bertugas di ibu negara.

“Kita harap akan capai 100 peratus pegawai dan anggota serta ahli keluarganya menerima suntikan kedua-dua dos vaksin menjelang Ogos ini sepertimana yang disasarkan Menteri, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataannya akan mencapai ibu negara sebagai wilayah pertama di negara mencapai imuniti berkelompok melengkapkan vaksinasi 100 peratus,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas meninjau Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Dewan Serbaguna, Perumahan Desa Rasik, Sungai Besi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo meninjau keadaan warga PDRM dan keluarga yang menerima suntikan vaksin menerusi Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Dewan Serbaguna Perumahan Desa Tasik, Sungai Besi. Foto HAFIZ SOHAIMI, 21 JUN 2021.

Tambah beliau, seramai 3,600 orang di perumahan itu akan menerima vaksin selama enam hari yang bermula hari.

Sementara itu, Lei Choo berkata, program kedua pemberian vaksin membabitkan warga PDRM IPK KL akan berlangsung pada Khamis ini di Perumahan PDRM Desa Aman 1 dan 2 yang membabitkan 2,400 anggota dan pegawai dan ahli keluarga mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast