Program Imunisasi Peringkat Kebangsaan

PEKAN – Bukan sahaja mecuba nasib pada saat-saat akhir, sekaligus memenuhi kuota kepada penerima tidak dapat hadir menerima vaksin adalah inisiatif berkesan bagi penduduk Orang Asli yang ingin mendapatkan vaksin awal di Kampung Gumum, Chini.

Hassan Ismail, 37, berasa teruja apabila permohonan secara manual dan bersemuka dalam Program Outreach vaksinasi Covid-19 di Chini diterima dan beliau mendapat suntikan dos pertama vaksin Sinovac pada pagi tadi.

“Saya daftar ‘on the spot’ terus dapat bagi penuhi kuota yang ada, kerana ramai yang tidak hadir, disebabkan tidak cukup syarat, mereka demam tak dapat ambil vaksin.

Hassan Ismail menerima don suntikan vaksin Sinovac di Balai raya Kg. Gumum Tasik Chini, Pekan

“Saya tidak takut, sentiasa mengikuti perkembangan semasa daripada media sosial mengenai pelbagai jenis vaksin seperti Pfizer ,AstraZeneca, dan yang terbaru CanSino.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang seminggu lebih awal bagi memberi taklimat dan mengadakan sesi dialog dengan Orang Asli.

Sementara itu, Johari Samah, 41, yang terlantar sakit sejak tujuh bulan lalu berasa bersyukur dan teruja apabila KKM membuat kunjungan dan menjalankan vaksinasi di rumahnya.

Petugas kesihatan melakukan persediaan sebelum memberi suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinovac kepada seorang pesakit terlantar, Johari Samah yang merupakan Orang Asli suku kaum Jakun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Gumum, Chini, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2021.

“Saya banyak-banyak berterima kasih kepada KKM yang masuk kampung kami yang pedalaman ini yang bagi kami suntikan vaksin, kira kami sangat bersyukur kerana datang ke kampung kami, kami sangat gembira.

“Untuk pihak berkenaan, kami minta tolong yang pedalaman ni, pergilah kampung ke kampung untuk suntikan vaksin untuk mencegah Covid-19 ini, kita jaga kita. Jangan tak ikut SOP, itu semua kita kena jaga,” ujar Johari.

ARTIKEL BERKAITAN :

Lagi ramai vaksin, lebih cepat imuniti kelompok dicapai

Suku Kaum Jakun Mula Divaksin di Kampung Orang Asli Gumum

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di daerah ini menyaksikan seramai 150 Orang Asli daripada suku kaum Jakun menerima suntikan dos pertama di Balai Raya Kampung Gumum.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati penerima vaksin hadir awal, yang mana proses vaksinasi bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Terdapat 78,000 Orang Asli di Pahang dan daripada jumlah itu seramai 54,000 Orang Asli layak menerima vaksin. -MalaysiaGazette