Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tujuh negeri termasuk Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Kedah dengan 243 kes baharu Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 daripada 22 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini merupakan penularan tempat kerja.

Selangor merupakan negeri tertinggi yang direkodkan kluster iaitu sebanyak empat melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Gombak dan Hulu Langat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster kategori tersebut dikenal pasti di Titiwangsa (satu) dan Kepong (dua) dalam daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Manakala, dua kluster baharu kategori berkenaan masing-masing dilaporkan  di Seremban, Melaka dan Johor.

Sarawak, Kedah dan Kelantan pula masing-masing satu kluster baharu akibat penularan tempat kerja, ujarnya.

Selain itu, menurut Hisham, enam lagi kluster komuniti baharu hari ini dikenal pasti di Sarawak (dua) dan satu masing-masing di Terengganu, Kelantan, Johor dan Kedah.

Dengan perkembangan semasa ini, jumlah keseluruhan kluster adalah 2,794 termasuk 880 yang aktif.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan itu turut memaklumkan sebanyak 1,914 kluster tamat pada hari ini. – MalaysiaGazette