Keadaan perkarangan Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang tenang dan tiada sebarang perhimpunan haram dilaporkan.

KUANTAN – Tiada sebarang perhimpunan haram seperti yang disensasikan sesetengah pihak yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan Black Democracy hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, rakyat semakin cerdik terutamanya semasa Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara dengan mematuhi arahan bagi menjaga prosedur operasi standard (SOP).

Tambahnya, penugasan Op Aman Black Demo telah bermula sejak awal pagi tadi dan pemantauan diteruskan sehingga petang.

“Pemantauan oleh 12 pegawai dan 84 anggota polis sehingga pukul 6 petang tidak mengesan sebarang pergerakan individu atau kumpulan yang hadir bagi tujuan solidariti kepada seruan kumpulan ‘Black Democracy’.

“Terima kasih  masyarakat memahamii situasi semasa dan oatuh peruntukan undang-undang dan tidak keluar bertindak luar kawalan.

Justeru Mohd Noor menyeru masyarakat kekal patuh kepada SOP memandangkan peningkatan Covid -19 di mukim Kuala Kuantan 1 dan pihak berkuasa mengatur gerak semula perancangan penugasan dan memperkemaskan tindakan penguatkuasaan.

“Saya menyeru kps orang ramai supaya jangan melanggar, atau melakukan perkara yang menyalahi peraturan akan berhadapan tindakan undang-undang dan kompaun.

“Kalau ada perbuatan sebegini tetap ambil tindakan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit1988 (Akta 342) ke atas mana-mana pihak penganjur atau menyertai sebarang perhimpunan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zain juga mengesahkan tiada sebarang bentuk perhimpunan haram di perkarangan Istana Abu Bakar, Pekan.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi dua minit di media sosial mengajak orang ramai berkumpul beberapa lokasi yang dirancang sebagai tanda protes kepada kerajaan semasa pada Rabu, 30 Jun 2021, pukul 12 tengah hari tadi.

Antara lokasi yang diajak berkumbul dengan menyarung baju hitam adalah di Istana Negara, Dataran Merdeka, Masjid Putrajaya, pejabat KWSP dan istana setiap negeri. – MalaysiaGazette