KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu
daripada RM2.67 seliter kepada RM2.69 seliter bagi bagi tempoh 1 Julai 2021 sehingga 7 Julai 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter;
dan RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette