Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim. foto HAZROL ZAINAL, 02 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Satu persidangan khas  Parlimen telah dicadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Cadangan itu dikemukakan susulan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika majlis menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun semalam.

Rais dan Azizan dalam kenyataan bersama hari ini berkata, pada majlis menghadap itu, baginda telah menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021.

Artikel berkaitan: Agong sekali lagi zahir pandangan mahu sidang Parlimen disegerakan

“Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong.

“Dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan boleh baginda Tuanku,” katanya.

Rais, Azhar dan timbalan-timbalan Yang di-Pertua kedua-dua dewan semalam menghadiri majlis mengadap ke atas Al-Sultan Abdullah berkaitan persidangan Parlimen. – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

  1. Alhamdullillah..Daulat Tuanku! Raja yg sangat prihatin kpd nasib rakayt. Sekarang kerajaan PN nak bg alasan apa lagi????

Comments are closed.