Fotografi bersama pelakon, Siti Elizad pada sidang media Program Bual Bicara Mingguan Wanita Tampil Serba Baharu di Ben's by Big, The Gardens, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 19 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin berkongsi rasa gembiranya apabila mendapat panggilan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Berita itu telah dikongsikan sendiri oleh Elizad menerusi satu posting di Instagram miliknya, semalam.

Would love to share this special moment. Hari ni hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah.

“Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘Mandul’ tempoh hari,” tulisnya semalam.

Elizad, 37, berkata, panggilan tersebut ternyata begitu menyentuh hati dan seperti mimpi.

Ujarnya, dia juga menjadikan Tuanku Permaisuri sebagai idola dalam perjalanannya menjalani rawatan IVF.

It really touch my heart with this beautiful call Tuanku. Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dlm cerita perjalanan IVF saya.

“Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa. Tuanku berikan kata-kata semangat bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF,” luahnya.

Menurutnya lagi, rawatan IVF memang menyakitkan dan hanya mereka yang mengalami sahaja dapat merasai.

“Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yg merasai.  Tiada kata yg mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual2 dgn Permaisuri yg disayangi semua . Sungguh2 keibuan .

“Sempat juga Tuanku selitkan “ Saya tengok drama awak sebelum ni, awak dah tak berlakon lagi? Allahuakhbar. Terima Kasih byk Tuanku Permaisuri. Really made my day Ampun Tuanku,” katanya. – MalaysiaGazette