Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat berduri di sekitar kawasan laluan masuk Blok C berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di PPR Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Tidak dibenarkan pasang kawat duri di tangga rumah pangsa kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Arahan buka serta merta telah dikeluarkan..harap maklum,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya malam ini.

Arahan itu mungkin ada kaitan dengan pemasangan kawat duri di beberapa lokaliti di ibu kota yang dilaksanakan PKPD mulai hari ini.

Berbeza dengan Selangor, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di ibu kota memasang kawat duri di beberapa kawasan termasuk perumahan flat.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan menyatakan dakwaan pemasangan kawat duri menyukarkan penduduk tidak timbul kerana polis dan ATM bertugas boleh mengalihkannya sekiranya berlaku kecemasan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangan gusar, kawat duri boleh alih segera waktu kecemasan – Polis