MUNICH – Belgium tumpas ditangan Itali 1-2 sekaligus menjadi pasukan lawan itu menempah tiket ke aksi separuh akhir EURO 2020 menentang Sepanyol.
Kemenangan Itali dicapai selepas Lorenzo Insigne meledakkan gol kemenangan di Munich dalam perlawanan pagi ini.
Pada mulanya Nicolo Barella meletakkan Itali yang kini dalam rekod 32 perlawanan tanpa kalah di depan, sebelum Insigne menunjukkan taring menerusi satu sepakan lencong menarik pada minit ke-44.
Romelu Lukaku berjaya merapatkan jurang sebelum rehat babak pertama, namun Belgium yang berada di kedudukan teratas dunia gagal mencari gol penyamaan.
Itali akan menentang Sepanyol di Wembley pada Rabu ini dalam perebutan tempat ke pentas akhir. – MalaysiaGazette