Menerusi perkongsian di Instagram, Elyana dilihat memegang sebiji kek untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya.

KUALA LUMPUR – Menyambut ulang tahun yang 34 hari ini, penyanyi Elyana memohon agar semua peminat mendoakan kesihatan dirinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elyana dilihat memegang sebiji kek untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya.

“Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin Ya Rabbalalamin,” tulisnya menerusi Instagram.

Untuk rekod, Elyana yang sudah 10 tahun menghidap kanser limfoma tahap empat baru-bru ini menjalani rawatan radioterapi.

Ekoran itu, beliau mengalami pengurangan berat badan terpaksa dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast