Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – UMNO hanya mengambil kira mengenai politik dan kuasa sahaja, oleh ituTun Dr Mahathir Mohamad tidak peduli sekiranya parti itu mahu menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya tidak peduli UMNO nak tarik sokongan atau kekal dalam kerajaan PN.

“Dia (UMNO) dok kira pasal politik sahaja, saya tidak peduli mereka sokong Muhyiddin mereka akan selamat. Kalau Muhyiddin jatuh UMNO pun jatuh juga,” kata bekas Perdana Menteri itu ketika menjawab pertanyaan media selepas menjadi ahli panel temubual eksklusif Reset Malaysia berjudul ‘Permasalahan dan Solusi secara maya hari ini.

UMNO sebelum ini dihimpit kontroversi apabila mengadakan pertemuan khas untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Ia dikuatkan lagi apabila dengan pertemuan khas antara Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dibuat pada malam Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, UMNO sepatutnya lebih fokus kepada soal menangani pandemik Covid-19 dan tidak hanya berpolitik semata-mata.

“Jadi UMNO nak buat apa, silakan tapi bagi saya yang utama ialah masalah macam mana kita tangani Covid-19 ini,” katanya lagi.

Malam ini, Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijadualkan mengadakan mesyuarat bagi memutuskan keputusan samada parti itu yang mahu meninggalkan kerajaan PN.

Menurut laporan, mesyuarat yang akan diadakan secara maya itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa keluar UMNO dari PN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast