Polis mengawal ketat kediaman Presiden Haiti yang mati dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata semalam. foto Agensi

PORT-AU-PRINCE – Empat orang yang disyaki membunuh Presiden Haiti, Jovenel Moïse telah terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan, kata polis.

Dua yang lain telah ditahan, sementara beberapa suspek dipercayai masih bebas di ibu negara negara Port-au-Prince.

“Mereka akan dibunuh atau ditangkap,” kata ketua polis Leon Charles.

Moïse, 53, ditembak mati dan isterinya cedera ketika penyerang menyerbu rumah mereka pada awal hari Rabu.

Presiden dilaporkan terkena banyak peluru dan pejabat dan bilik tidurnya digeledah.

Isterinya, Martine Moïse yang dikatakan dalam keadaan kritikal tetapi stabil telah diterbangkan ke Florida umtuk menerima rawatan.

“Empat tentera upahan terbunuh dan dua lagi di bawah kawalan kami,” kata Charles dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Rabu.

Tiga anggota polis yang dijadikan tebusan juga telah ditemui.

“Kami menyekat suspek ketika mereka dalam perjalanan meninggalkan tempat kejadian.

“Selepas itu kami bertempur,” katanya.

Bercakap selepas pembunuhan itu, Perdana Menteri Sementara Claude Joseph meminta semua rakyat bertenang.

Haiti telah diisytiharkan darurat susulan pembunuhan presidennya. – MalaysiaGazette