Healthcare worker administering Covid-19 vaccine on a person with disability at the UCSI University, Cheras vaccination centre. PIX: MOHD ADZLAN / Malaysiagazette / 07 JULY 2021. doses vaccination
Healthcare worker administering Covid-19 vaccine on a person with disability at the UCSI University, Cheras vaccination centre.PIX: MOHD ADZLAN / Malaysiagazette / 07 JULY 2021.

KOTA TINGGI – Cadangan mengenai garis panduan kepada penerima yang telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 akan dibentangkan di dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba berkata, beliau dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, sudah pun diberi taklimat oleh pakar kesihatan awam negara dalam pengendalian serta faedah vaksin ketika mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKAV), dua hari lalu.

“Kita ada merujuk beberapa negara dalam amalan terbaik dalam pengurusan Covid-19 termasuk faedah vaksin seperti yang dilakukan Amerika Syarikat (AS).

“Di AS contohnya, mereka sudah mula memberi beberapa faedah kepada penerima vaksin, yang mana lebih 30 peratus penduduk negara itu yang sudah lengkap dua dos.

“Malaysia juga akan memberi sedikit kelonggaran kepada mana-mana penerima vaksin sudah lengkap dua dos,”katanya kepada MalaysiaGazette.

Bagaimanapun, jelas Adham pihaknya akan meminta pakar kesihatan awam untuk memberi pandangan mahupun cadangan sebelum dibentangkan dalam sidang khas MKN untuk dijadikan rujukan sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Minggu lalu, Khairy dilaporkan berkata kerajaan dijangka mengeluarkan garis panduan kepada penerima yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 bulan depan, bagi memberi lebih kelonggaran kepada golongan berkenaan.

Khairy dilaporkan berkata, JKJAV sedang menyediakan garis panduan itu, yang akan dibentangkan di peringkat jawatankuasa berkenaan, sebelum dibawa kepada MKN.-Malaysiagazette

1 Komen

  1. Terima Kasih YB KJ / Menteri Kesihatan/ MKN / KP Kesihatan / KSU Kesihatan. Inilah yang rakyat menanti nantikan apabila kita boleh kembali mempulihkan ekonomi dan membolehkan semua rakyat kembali berkerja seperti biasa… Semoga kita berjaya keluar dari pandemik ini… Insyallah

Comments are closed.