Umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Putra, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai (Selasa), menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini. – MalaysiaGazette