Litar terpelantik berganda pada talian penghantaran Murum 275kV menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa bahagian di Sarawak kira-kira 9.30 malam tadi.

KUCHING – Litar terpelantik berganda pada talian penghantaran Murum 275kV menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa bahagian di Sarawak kira-kira 9.30 malam tadi.

Sarawak Energy Berhad dalam kenyataan memaklumkan kawasan utama yang terjejas ialah Kuching, Sri Aman, Sarikei, Mukah, Sibu, Bintulu dan sebahagian Miri.

Menurutnya, kerja-kerja pemulihan dilakukan segera dengan bekalan elektrik dipulihkan di kawasan terjejas secara berperingkat dan hampir semuanya kembali pulih pada 10.30 malam.

“Sarawak Energy memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang berlaku disebabkan bekalan elektrik terputus dan kami sedang menyiasat punca ia berlaku,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast