Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Air Selangor masih menjalankan kerja-kerja pembaikan, paip pecah di Jalan Kuari Bukit A di sini.

Kerja-kerja itu dijalankan kejadian paip pecah pada jam 7 malam tadi.

Berikutan kejadian paip pecah ini, sebanyak 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :
1. Kg Cheras Baru
2. Pandan Mewah
3. Taman Muda
4. Taman Bukit Permai
5. Taman Bukit Pandan
6. Taman Mawar
7. Taman Seraya
8. Taman Mega
9. Taman Bukit Teratai
10. Taman Melur
11. Taman Saga
12. Taman Putra
13. Taman Mestika

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 7 pagi esok, 16 Julai 2021.

Air Selangor sedang mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas.

Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air dari lori-lori tangki ini. – MalaysiaGazette