Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Bayararan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM1 bilion yang akan dibayar pada bulan September 2021 dan November 2021 melibatkan penerima sedia ada dan juga pemohon yang baharu diluluskan.

Sehubungan itu, penerima GKP sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan.

Bayaran sebanyak RM500 akan diagihkan pada dua bulan tersebut.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai 2021 secara dalam talian melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

”Dengan adanya proses pendaftaran baharu ini, sebahagian daripada kalangan PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerima GKP masih diberi ruang untuk
mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.

”PKS mikro yang layak untuk GKP 4.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 30 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan di sini.

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta PKS mikro di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara adalah
RM6.1 bilion.

Katanya, kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya perniagaan
yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada ketika ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast