Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 115 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan kes kumulatif adalah 6,728 kes, kata Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, ia melibatkan sebanyak 53 kes di Selangor, 24 kes di Kuala Lumpur dan masing-masing tujuh kes di Johor dan Melaka.

“Lima kes turut dilaporkan di Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Negeri Sembilan dan Kedah serta masing-masing tiga kes di Sabah dan Perak.

“Kes kematian turut direkodkan masing-masing dua kes di Kelantan dan Terengganu, serta satu di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham menambah, sebanyak 37 kluster baharu turut dikesan manakala 893 kluster masih aktif.

Ketika ini, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 896 kes manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 459 kes.

“Kes sembuh pada hari ini pula adalah 6,742 kes yang menjadikan kes kumulatif sebanyak 772,542 kes,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 12,541 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast