Seramai 18 warganegara China ditangkap menerusi beberapa serbuan Ops Pelican pada 16 Julai lalu kerana terlibat aktiviti penipuan dalam talian.

KUALA LUMPUR – Seramai 18 warganegara China ditangkap menerusi beberapa serbuan Ops Pelican pada 16 Julai lalu kerana terlibat aktiviti penipuan dalam talian.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, dipercayai aktiviti penipuan berkenaan aktif sejak dua bulan lalu dan mengutip keuntungan RM600,000.

Turut dirampas ketika serbuan pada 16 Julai lalu sejumlah telefon bimbit, komputer, alat-alat elektronik lain dan wang tunai berjumlah RM126,000, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat penglibatan pegawai dan anggota polis dalam aktiviti berkenaan.

Sementara itu, katanya, siasatan dari sudut jenayah dan Akta Imigresen akan dibuat oleh polis Kuala Lumpur.

Terdahulu, Azri memaklumkan Ops Pelican itu dilakukan JIPS Bukit Aman itu turut dibantu oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette