Walaupun diraikan secara sederhana ekoran penularan Covid-19 namun kemeriahannya tetap dirasai di Kelantan.

KOTA BHARU – Meskipun masih dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) – Hari Raya Aidiladha tetap sinonim dengan negeri Kelantan.

Walaupun diraikan secara sederhana ekoran penularan Covid-19 namun kemeriahannya tetap dirasai di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati umat Islam di negeri ini menunaikan ibadah korban di dalam kawasan masjid yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Bagaimanapun, solat sunat Aidil Adha masih tidak dibenarkan dilakukan di masjid namun hanya dibolehkan kepada empat orang ahli jawatankuasa sahaja seperti yang digariskan dalam Fasa 2 PPN.

Imam muda Masjid Mukim Tanjung Cat, Sungai Keladi, Ahmad Fuad Mohd Azmi berkata, aktiviti korban yang diadakan pengurusan masjid dilaksanakan sejak pukul 9 pagi mengikuti prosedur operasi standand (SOP)  yang ditetapkan.

“Aktiviti sembelihan korban yang terhad kepada lima ekor sehari dan peserta korban hanya hadir untuk melakukan sesi akad namun tidak dibernarkan berada di masjid semasa proses dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN :

Semangat ‘korban’ sambut Aidiladha

PM sertai 300 jemaah tunai solat Aidiladha di Masjid Negara

“MAIK juga menetapkan hanya 10 orang yang dibenarkan untuk melakukan proses penyembelihan dan melapah bagi memastikan menjaga penjarakan fizikal,” katanya.

Manakala Muhammad Fatihi Mohd Baizi pula melahirkan rasa syukur kerana masih boleh menyambut Hari Raya AidilAdha dalam suasana pandemik.

“Selesai sahaja ibadah korban, agihan korban akan diedarkan kepada penduduk kampung.

“Pihak masjid juga akan memastikan persekitaran dibersihkan dan sisa tidak dibuang ke saliran awam, sebaliknya ditanam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast