Jumlah kes positif Covid-19 yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) kembali menunjukkan peningkatan sebanyak 938 kes direkodkan hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) kembali menunjukkan peningkatan sebanyak 938 kes direkodkan hari ini.

Manakala sebanyak 459 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 134 kes kematian dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 7,574.

Menurutnya, sebanyak 142,051 merupakan kes aktif yang bersamaan 14.72 peratus.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 8,436 kes Covid-19 direkodkan sembuh pada hari ini.

Ini menjadikan kes keseluruhan sembuh wabak itu adalah 815,293.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 13,034 kes positif hari ini