Kes harian positif Covid-19 hari ini terus meningkat kepada 13,034 dan menjadikan jumlah keseluruhan positif kini 964,918 kes.

KUALA LUMPUR – Kes harian positif Covid-19 hari ini terus meningkat kepada 13,034 dan menjadikan jumlah keseluruhan positif kini 964,918 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan  hari ini berkata, Selangor masih kekal menjadi negeri tertinggi iaitu 6,049 kes.

Ia diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,611 kes, Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701) dan Sarawak (644).

Sabah pula (497), Terengganu (391), Pulau Pinang (371), Melaka (353), Perak (284), Pahang (261), Kelantan (240), Putrajaya (100), Labuan (24) dan Perlis 6 kes.- MalaysiaGazette