Mohd Azizuddin Mohd Sani

KUALA LUMPUR – Rakyat mahu melihat pentadbiran kerajaan sedia ada berjalan lancar supaya isu-isu rakyat dapat diselesaikan.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila polemik politik berterusan dan situasi ini membimbangkan rakyat, kata penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

“Rakyat mahu lihat dasar-dasar yang dihasilkan oleh Perikatan Nasional membantu mereka dan menyelesaikan isupisu rakyat terutama isu ekonomi dan Covid-19.

Jadi fokus Perikatan Nasional perlu ke arah itu, katanya ketika menjadi salah seorang ahli panel Skop MG yang membincangkan isu bertajuk Politik Semasa Pandemik: Rakyat Jadi Mangsa?.

Kata Azizuddin lagi, isu-isu politik yang timbul dalam pentadbiran Perikatan Nasional pada waktu ini menjadi salah satu punca  kerajaan kelihatan lemah walaupun kerajaan sedaya upaya untuk tidak menjadikan isu yang timbul menganggu usaha mengekang penularan Covid-19 dan ekonomi.

Beliau yang juga Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) menambah, pembentukan dasar adalah perkara mustahak bagi memastikan masalah-masalah rakyat dapat diselesaikan.

Bagi memastikan kerajaan dapat menyelesaikan isu-isu yang ditanggung rakyat maka pentingnya persidangan Dewan Rakyat dibuka.

Ini kerana, Dewan Rakyat berperanan membentuk dasar-dasar, ujarnya. – MalaysiaGazette.