Raphael Varane

LONDON – Perjanjian pembelian bintang pertahanan Perancis, Raphael Varane antara Manchester United dan Real Madrid bakal dimuktamadkan akhir minggu ini.

Laporan terbaharu di Sepanyol mendakwa perbincangan antara kedua-dua kelab itu pada Ahad telah membawa kepada hasil positif.

Difahamkan bahawa pembelian Varane melibatkan yuran berjumlah £39 juta (RM227.5 juta).

Varane kembali ke pusat latihan di Santiago Bernabeu minggu lalu tetapi tetap berpendirian tegas untuk berhijrah ke Old Trafford demi cabaran baharu selepas lebih sedekad dalam La Liga Sepanyol.

Varane masih berbaki 12 bulan terakhir dalam kontrak di Bernabeu dan telah memaklumkan kelabnya bahawa dia tidak sanggup memperbaharui kontraknya.

Madrid pada asalnya mengharapkan dana £72 juta menerusi jualan Varane bagaimanapun laporan mendakwa RM227.5 juta telah dipersetujui.

Keputusan terkini itu bakal menyaksikan Varane bakal menandatangani kontrak empat tahun bersama Red Devils.

Justeru Varane juga dikatakan sudah berbincang dengan ejennya untuk menyelesaikan isu penyertaan dalam kelab England secara lancar dan berkesan. – MalaysiaGazette