Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamed berbual mesra bersama pelakon veteran, Mat Sentol semasa hadir untuk menyampaikan cek Bantuan Insentif One-Off RM500 yang diberikan menerusi PRE Ihsan Johor 3.0 di Larkin Jaya, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Artis  veteran,  Abd.  Rashid  Yahaya,  88,  atau  dikenali  Mat  Sentol memuji  langkah kerajaan Johor dalam  memberi bantuan kepada penggiat  seni  termasuk mereka yang  sudah tidak aktif  lagi dalam  bidang  berkenaan.

“Terima kasih kepada  Menteri Besar  Johor  dan  kerajaan negeri yang  tidak lupakan  golongan  seperti kami. Teruskanlah membantu,”  katanya.

Mat Sentol salah seorang daripada 958 penggiat seni yang menerima bantuan RM500 yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamed menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 di sini hari ini.

Dalam pakej berkenaan, sebanyak RM500,000  dana  disediakan  iaitu RM1,000 diberikan  kepada  setiap  11 badan  gabungan  yang  berdaftar  di Johor,  RM1,000  kepada  10  buah  Majlis  Kebudayaan  Daerah  dan bawah Majlis  Kebudayaan  Negeri pla sebanyak RM500  diberi 958  orang  penggiat  seni di  negeri itu.

Selain itu, bantuan turut diberi kepada penyanyi  veteran,  Zaleha  Hamid atau  nama sebenarnya Siti Zaleha Abdul Hamid.

Zaleha, 63,  yang  terlantar  akibat  diserang  angin ahmar kini dijaga oleh  suaminya, Ungku Sulaiman  Ungku Aziz.

Sementara itu, Ungku  Sulaiman  mengucapkan  terima  kasih  kepada kerajaan negeri kerana sudi mengunjunginya dan isterinya bagi menyampaikan  bantuan.

“Sejak  isteri  (Zaleha)  mengalami  sakit  strok  sejak  tahun  2019,  saya  menj aganya  sepenuh masa.  Saya  tidak bekerja dan mengharap  bantuan  secara bulanan daripada Jabatan  Kebajikan  Masyarakat  (JKM)  dan  anak kami.

“Kami  sangat  bersyukur  dengan  bantuan  tunai  dan  barangan  makanan  yang  diterima,  ia  meringankan  beban kami  sekeluarga,”  katanya  ketika  ditemui  di  rumahnya  di  Projek  Perumahan  Rakyat  Uda  Utama,  Taman Uda  Utama hari ini.

Dalam  pada  itu,  seorang  lagi  penerima  bantuan  RM500 ialah  pengiat  seni  wushu, Lee  Swee  Seng dan beliau turut  menyatakan  penghargaan  kepada  kerajaan  negeri  bantuan yang  disalurkan.

”Sejak  pandemik  Covid-19 melanda pada tahun lalu,  saya  telah  hilang mata pencarian kerana terpaksa menutup  teater  seni  wusyu yang  telah  diusahakan,”  katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast