worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Ketika negara mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 pada paras 17,170 – namun kes sembuh menunjukkan trend peningkatan lebih 80 peratus sepanjang Julai ini.

Ia mencatatkan sebanyak 12,930 kes setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes sembuh kumulatif Covid-19 setakat ini berjumlah 890,742.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kes sembuh Covid-19 di Malaysia sehingga 29 Julai 2021 setakat jam 12 tengah hari berjumlah 12,930 kes dengan 890,742 kes kumulatif atau 82.6 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu itu, KKM mendapati sebanyak 32 import melibatkan 14 warganegara tempatan dan 18 warga asing.

“Daripada jumlah itu juga, sebanyak 17,138 kes tempatan terdiri daripada 14,807 warganegara dan 2,331 bukan warganegara.

“Kes baharu positif itu menjadikan kes kebolehjangkitan pandemik ketika melibatkan 179,179 kes aktif,” katanya.

Selain itu, KKM juga merekodkan kes kematian akibatĀ  masih tinggi dengan 174 kes membabitkan 157 warganegara dan warga asing, menjadikan kes kumulatif setakat ini berjumlah 8,725 kes kumulatif, 0.81 peratus.

Kes kematian pada hari ini yang melibatkan 70 kes di Selangor, 20 kes di Kuala Lumpur, masing-masing 17 kes di Johor dan Kedah, 10 kes di Melaka, masing-masing sembilan kes di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, masing-masing lapan kes di Sabah dan Terengganu, tiga kes di Perak, dua kes di Kelantan dan satu kes di Pahang, katanya.

Sementara itu, sebanyak 2,540 kluster daripada 3,604 jumlah kluster di seluruh negara telah ditamatkan, berbanding kluster baharu sebanyak 36 lokaliti, hari ini.

“Bagaimanapun sebanyak 1,064 kluster masih aktif setakat ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R0 /RT di negara ini setakat semalam sebanyak 1.16.

Terengganu mencatatkan nilai RT tertinggi pada tahap 1.33 dan ia diikuti Kelantan (nilai RT 1.26), serta Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.25).

“Semua negeri pula mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Labuan, dan Perlis,” katanya lagi. – MalaysiaGazette