Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kluster tempat kerja masih mendominasi dan penyumbang terbesar kepada penularan pandemik Covid-19 di negara ini dengan 24 kluster, berbanding keseluruhan 27 kluster yang dikenal pasti hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 10 kluster tempat kerja dikesan di Johor, berbanding Selangor hanya lima kluster sahaja.

“Kluster tempat kerja turut dikenal pasti di Kuala Lumpur (2), Putrajaya (1), Pulau Pinang (1), Negeri Sembilan (1), Melaka (1), Pahang (1) dan Sarawak (2),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain tempat kerja, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 17 kluster komuniti yang menjadi penularan Covid-19 kedua terbesar di negara ini setakat hari ini.

“Turut dikesan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster pendidikan dan satu kluster keagamaan.

“Daripada 47 kluster yang dikenal pasti hari ini, 10 kluster dikesan di Johor, Sarawak (8), Kelantan (8), Selangor (6), Kuala Lumpur (3), Negeri Sembilan (2), Melaka (2), Pahang (2), Sabah (2) serta masing-masing satu di Putrajaya, Pulau Pinang, Perak dan Kedah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tan Sri, hari-hari Tan Sri bercakap berkenaan kluster tempat kerja penyumbang terbesar kes Covid-19, tapi apakah tindakan KKM? Setakat menasihatkan supaya menjaga SOP dan baru-baru ini menutup kilang-kilang yang gagal mematuhi SOP, SUDAH JELAS polisi-polisi ini GAGAL MENGEKANG PENULARAN COVID-19!!! Orang awam telah MELAKUKAN YANG TERBAIK untuk MENANGANI pendamik ini. Persoalannya adakah KKM melakukan yang TERBAIK dengan MENGUTAMAKAN NYAWA ORANG AWAM iaitu FUNGSI UTAMA KKM berbanding dengan MELAKSANAKAN POLISI-POLISI KERAJAAN (dengan kata lain visi-visi ahli politik) yang nampaknya seperti menuju ke ambang kegagalan.

Comments are closed.