Kes positif harian baharu Covid-19 menurun lagi dengan hari ini sebanyak 2,690 kes dilaporkan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes positif harian baharu Covid-19 meningkat lagi sebanyak 17,786 hari ini selepas semalam menurun kepada 16,840.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut kini 1,113,272 kes.

Selangor juga kekal mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,400 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Berkongsi maklumat di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan negeri-negeri yang mencatat bilangan kes melebihi 1,000 iaitu Kuala Lumpur (1,962), Johor (1,144, Sabah (1,035) dan Kedah (1,389).

Ia diikuti Negeri Sembilan (929), Terengganu (883), Pulau Pinang (713), Perak (775), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580) dan Putrajaya (116).

Manakala dua negeri mencatatkan bilangan kes di bawah 20 iaitu Perlis (16) dan Labuan sembilan kes. – MalaysiaGazette