KUALA LUMPUR – Himpunan ‘Keluar dan #Lawan’ membabitkan para peserta memakai baju T berwarna hitam berlangsung kira-kira dua jam di ibu negara hari ini.
Protes anjuran Sektetariat Solidariti Rakyat (SSR) itu bermula sekitar pukul 10 pagi apabila peserta mulai memenuhi kawasan hadapan Sistem Transit Aliran Ringar (LRT) Masjid Jamek di sini sebelum mereka berarak menuju ke Dataran Merdeka pada pukul 11.30 pagi.
Ada sebahagiannya membawa patung berkafan dalam perhimpunan berkenaan.
Ada juga dalam kalangan mereka tanpa segan menunjukkan tanda lucah ketika aksi mereka dirakam lensa wakil media yang membuat liputan.
Bagaimanapun cubaan mereka memasuki Dataran Merdeka tidak berhasil apabila rundingan yang dibuat oleh wakil penganjur dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan mana-mana individu berada di dalam kawasan tersebut.
Terdahulu sejak awal pagi beberapa jalan masuk ke Dataran Merdeka iaitu Jalan Raja dan Jalan Raja Laut di sini ditutup kepada kenderaan awam berikutan himpunan yang sama.
Anggota polis yang bertugas di Dataran Merdeka turut menutup keseluruhan kawasan tersebut menggunakan pagar selain menjalankan kawalan ketat.
MalaysiaGazette difahamkan terdapat kira-kira 1,000 peserta yang menyertai himpunan #Lawan pada hari ini dengan rata-rata pesertanya dalam kalangan anak muda.
Selepas cubaan untuk masuk ke Dataran Merdeka tidak berhasil, peserta himpunan kemudian diarahkan oleh penganjur untuk duduk di sepanjang Jalan Tun Perak di sini sambil mereka melaungkan perkataan #Lawan.
Peserta himpunan berbaju serba hitam itu turut membawa bendera, plakad serta kain rentang yang tertera perkataan ‘Kerajaan Gagal’.
Berdasarkan pemerhatian MalaysiaGazette, berlaku beberapa provokasi yang cuba dicetuskan oleh peserta himpunan terhadap pasukan kereta peronda polis yang melalui jalan tersebut namun pihak penganjur pantas memberi amaran kepada mereka supaya menjaga tingkah laku masing-masing.
Antara yang dilihat hadir memberi sokongan terhadap himpunan itu adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Naib Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Dr. Thanussha Francis dan Mutalib Uthman; Setiausaha Agung Muda, Amir Abdul Hadi; Ketua Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam serta Pengasas Bersama Undi 18, Tharma Pillai.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah meminta kesemua peserta himpunan untuk bersurai sekitar pukul 12.40 tengah hari.
Menurutnya, kesemua peserta himpunan diminta untuk mengosongkan sepanjang Jalan Tun Perak itu selepas mereka telah diberikan masa yang cukup untuk berhimpun.
Sebelum ini, poster yang tertera perkataan #Lawan berlegar-legar di media sosial bagi mengajak rakyat terutamanya mereka yang tinggal di sekitar ibu negara dan Selangor untuk turun berhimpun di Dataran Merdeka.
Antara yang dituntut oleh himpunan yang dianjurkan kali ini adalah supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan, Parlimen bersidang secara penuh serta desakan moratorium kepada rakyat. – MalaysiaGazette
Hanya ada 1 sahaja parti yang suka perkara lucah dan diluar tabii. Mungkin ini penyokong mereka yang suka di sontot.
Aktiviti TIDAK BIJAK anak-anak MUDA PH ini menunjukkan betapa CETEKNYA pemikiran mereka. Ini adalah refleksi kepada PEMIMPIN-PEMIMPIN SENIOR mereka yang MENUNJUKKAN TABIAT BURUK MEREKA dalam parlimen. Sekiranya demontrasi ini dilakukan SECARA AMAN tanpa kata-kata KESAT dan ISYARAT LUCAH, ianya akan LEBIH BERKESAN
Puak² bangang semua tu… Kalau ada puak bangang tu kena covid biaq mampuih pi kt depa.
Depa tu baru nk kenal dunia.. Kesian la rela diperbodohkan oleh pembangang PH yg diketuai anuwar brahing.
Ingat sejarah anuwar sejak lepas dipecat dari jawatan TPM dan Umno hanya desak PM letak jawatan saja. Madey yg depa sendiri pilih jadi PM pun didesak letak jawatan jgk. Akhirnya kerajaan Puak Hancing lingkop.